Jom Melancong Bersama Traveloka Sale-Abration.


Bersempena dengan cuti sekolah yang telah pun tiba. Inilah masa yang sesuai untuk membawa anak-anak sekeluarga ataupun jika masih bujang boleh membawa diri jauh daripada kesibukan kota. Kepenatan bekerja, stress dan macam-macam lagi. Jangan lupa kita juga perlu memanjakan diri dan berehat sambil-sambil menikmati keindahan alam. Dah pikirkan nak bercuti kemana? Kekadang tu tempat bercuti dah ada tetapi masalah pulak nak cari tempat tinggal ataupun kos penerbangan yang mahal. Ini antara punca kita terpaksa menunda ataupun lebih buruk lagi  membatalkan hasrat percutian kita. Hmm.. menyedihkan bukan. 

Hari ini saya nak perkenal kepada kawan-kawan diluar sana bagaimana untuk dapatkan semua itu tanpa pening-pening kepala lagi. Ya inilah dia yang bakal menyelesaikan segala permasalahan kita selama ini. Mempersembahkan....!!! TRAVELOKA. Mesti ramai yang dah tahu pasal Traveloka kan? Kepada yang tidak tahu Traveloka merupakan sebuah site dimana kita boleh boleh tempah tempat penginapan seperti hotel dan juga penerbangan didalam mahupun luar negara dalam satu web ataupon korang boleh download aplikasi Traveloka di App Store atau Google Play. Semuanya dihujung jari anda. 



Seperti yang korang tengok kat gambar diatas, korang hanya perlu masukkan destinasi/nama hotel, tempoh berapa lama nak tinggal disitu dan jumlah orang yang akan pergi bersama terus klik search. Mudah bukan.. hihi. Korang tidak perlu risau kerana semua harga yang ditawarkan adalah FINAL PRICE dan TIADA CAJ TERSEMBUNYI. Saya rasa ini adalah antara yang diharapkan sebagai pengguna. Jadi Traveloka adalah pilihan yang bijak. Selepas semua pilihan diatas sudah dibuat sampailah kepada pembayaran. Pembayaran adalah secara online banking. Tak perlu risau kerana Traveloka adalah SECURE ONLINE TRANSACTION segala maklumat perbankan korang selamat dan dilindungi.




Berita ini akan lebih mengembirakan korang kerana Traveloka kini sedang mengadakan promosi iaitu Traveloka Sale-Abration. Pada harga promosi ini kita tidak perlu berbelanja lebih untuk penginapan dan penerbangan exclusive kerana kita kini mampu mendapatkannya.  Promosi ini bermula pada 10 - 31th March 2017. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu Flight Deals dan Hotel Deals.



Flight Deals menawarkan harga serendah RM39 untuk destinasi domestik manakala dibawah RM100 untuk destinasi antarabangsa. Woww..!!! Memang kaw-kaw punya promosi ni. Yelah mana nak dapat pada harga tu dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ni kan. Bukan setakat itu sahaja tetapi korang akan menikmati diskaun sehingga 8% lagi jika korang masukkan coupon code DEALSFLY pada bahagian pembayaran. Daebakk..!!!



Hotel Deals menawarkan potongan diskaun sehinggan 79% untuk hotel-hotel pilihan korang bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga seperti Singapore, Japan, China, Australia dan banyak lagi. Semua ini hanya boleh didapati di Traveloka.  Diskaun sehebat ini tidak patut dilepaskan. Yess..!! korang akan dapat tambahan diskaun lagi jika memasukkan coupon code DEALSTAY pada bahagian pembayaran itu nanti.

Kesimpulannya, Traveloka adalah pilihan yang terbaik yang perlu direbut bersempena dengan Traveloka Sale-Abration yang menawarkan pelbagai pilihan hotel dan penerbangan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga-harga yang ditawarkan di tempat lain. Jadi, sekali lagi diingatkan kepada korang promosi ini hanya sah dari 10 sehingga 31 Mac 2017 ini sahaja. Bertindak sekarang sebelum terlambat. 

Pawagam di Kuala Terengganu Kembali Selepas 22 Tahun

Salam semua, ya memang betul Kuala Terengganu dah 22 Tahun takda pawagam selepas kena ban. Disebabkan itulah aku tak pernah tengok wayang kat Terengganu seumur hidup aku ni. Hahaha first time aku tengok wayang pun masa umur aku 18 tahun. Masa tu aku study kat Kuantan ambik diploma. Haaa time tu la aku jejak kaki kat pawagam. Tempat favorite aku layan wayang dekat Berjaya Mega Mall. Masa tu jugak East Coast Mall tak wujud lagi. 

Bicara Ridz 

Haa... Itulah dia. LFS Cinemas akan membuka pawagamnya di Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu secara rasmi pada 18 Mac 2017. Dikhabarkan juga pawagam ini adalah yang ke-2 terbesar di Pantai Timur selepas East Coast Mall Kuantan. Jadi warga Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya boleh ke sini untuk layan movie. Walaubagaimanapun, pawagam di Terengganu agak berbeza seperti di tempat lain kerana tiada tayangan lewat malam. Itu adalah antara syarat-syaratnya dan seperti mana yang korang tahu TGV Cinemas di Mesra Mall juga dikenakan syarat yang sama ketika mula beroperasi dahulu. Bagi aku ianya sesuatu yang bagus kerana ingin mengelakkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat daripada berlaku. Faham-faham sendiri la yer. 

Selain pawagam di PB Sentral juga telah membuka sebuah pusat bowling iaitu Coral Crown Bowl pada 10 Mac 2017. Haaa.. hari ini lah. Hahaha. Aku pon tak pergi lagi sebenarnya. 36 lane bowling disediakan jadi tak perlu berebut semua dapat. Bowling ni aku suka tengok time ade tournament mesti meriah dan satu lagi suka tengok skill-skill orang yang pro main bowling macam Shalin Zulkifli tu. Perghh.. dia punya lencongan bola dah nak masuk longkang pon boleh strike bhai. Hahaha. 

Oklah itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Jadi kepada sesiapa yang duduk area Kuala Terengganu dan teringin nak tengok wayang boleh serbu LFS Cinemas PB Sentral pada 18 Mac 2017 ini. Kalau rasa ada duit lebih dan nak belanja abang pon boleh. Hahhaha. Pakat mari ramai-ramai deh. Sekian. Berehhh...

Kepentingan Online Banking

Online Banking


Entry kali ni saya nak bercerita tentang Online Banking. Sepertinya masih ramai rakyat Malaysia diluar sana tidak sedar dan peka dengan kewujudan Online Banking ini. Mereka lebih gemar beratur panjang sekadar untuk check baki akaun. Bagi saya ianya sesuatu membuang masa dan tidak praktikal untuk masa kini.

Contoh terdekat ialah BRIM tak masuk lagi, gaji tak masuk lagi, member/parents dah masukkan duit ker belum dalam akaun kita. Jadi apa yang mereka buat adalah pergi check dekat ATM berkali-kali. Yang tak tahan beratur pun bukan main panjang lagi. Sedangkan dengan adanya Online Banking ni kita hanya perlu layari website bank tersebut masukkan username dan password, nahh dah tau berapa baki yang ada ataupon duit tadi dah masuk atau tidak. Bila confirm dah masuk barulah beratur cucuk duit kat ATM. Jadi tak perlu beratur panjang sekadar nak check balance. Kalau pak cik/ mak cik mungkin mereka tak pandai pakai internet takpa la tetapi hangpa yang muda-mudi gunakan kemudahan ini.

Sebelum itu korang kenalah register terlebih dahulu dengan bank masing-masing yang menyediakan perkhidmatan Online Banking. Caranya mudah saja pergi ke ATM machine untuk dapatkan PIN Online Banking anda. Bukan setakat check balance sahaja tetapi banyak kemudahan lain yang disediakan oleh pihak bank bagi memudahkan urusan seharian kita. Contohnya pindahan duit, pelaburan, top up dan sebagainya. 

Ia juga memudahkan urusan jual beli secara online kerana kita tidak perlu lagi nak ambil gambar resit bank membuktikan yang duit telah dimasukkan kerana dengan Online Banking penerima bayaran dengan mudahnya mengetahui bahawa mereka telah menerima wang daripada nombor akaun kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah print screen transaction dan hantar kepada penjual tersebut. Bagaimana kalau kita dah bank-in tetapi ATM kehabisan resit. Idok ker nayee yop.. hehehe Sekian. 

[Review] Online Shopping Lazada

 

Online shopping bukanlah sesuatu yang menjanggalkan pada zaman sekarang. Ditambah lagi dengan kepadatan dan kesibukkan waktu sehingga nak keluar shopping pun takda masa atau letih. Itu antara sebab-sebab yang diberikan. Tapi pada aku sebenarnya sebab harga yang ditawarkan gila murah berbanding beli sendiri kat kedai atau mall. 

Memanglah beli online ni kita tak dapat sentuh barang yang nak di beli tu. Tapi setakat ni semua barang yang aku beli dekat lazada ni bagus dan puas hati dengan harga yang ditawarkan. Nak beli barang tu kalau boleh tengok jugaklah jenama dia. Pilih jenama yang diyakini kalau tak pun kira redha jelah kalau dah berkenan sangat dengan barang tu. Hahaha tu tips dia. 

Kita sebagai pengguna kenalah bijak membuat pilihan. Berbalik kepada Lazada, hmmm.. ape je yang takda dekat Lazada ni. Semua ada. Daripada baby sampailah barangan orang tua. Servis dia pon tip top. Cuma part postman tu jelah, dah peta elok-elok rumah kat mana pon tak jumpa. Padahal rumah aku tepi jalan besar senang je nak cari. Lainlah kalau kena cilok lorong sana masuk lorong sini barulah payah nak cari. Hehe tapi kadang-kadang kelakar jugak. Takpa bagi depa exercise sikit. 

Biasanya orang yang takut beli barangan secara online sebab takut kena tipu. Memang perlu rasa macam tu. Sebab tu kena bijak pilih saluran betul sebelum buat belian. Contohnya jualan di instagram. Kalau nak beli handphone tu aku lebih suka beli dekat kedai je. Banyak kes kena tipu beli phone dekat insta. Dah bayar beratus-beratus pastu lesap hilang kemana. Benda mahal-mahal ni beli kedai jelah ye. 

Aku ada satu tip untuk korang kalau beli barangan dari Lazada dinasihatkan masuk melalui Shopback app. [Korang boleh download dekat AppStore dan Google Play]. Sebab apa? Sebab korang akan dapat cashback sehingga 11% daripada jumlah yang dibelanjakan. Jadi untung berpihak pada kita. Top up pon boleh beli kat Lazada ni. Bestkan kumpul-kumpul cashback pastu withdraw masuk akaun bank. Haaa.. berbelanja secara bijak kengkawan. 👍🏼

 


Cara Mudah Tukar (upgrade) Plan Umobile

Anda pengguna Umobile plan lama? Tapi tak tahu macam mana nak tukar(upgrade) kepada plan baru? Mari saya ajar cara-cara nak tukar plan. Senang saje bak hang.. Ada beberapa cara yang anda boleh ikut. 


App-Onz

1. Dial


Tekan  *118*6*2*3#  dan tekan panggil

Seterusnya akan keluar paparan pada screen anda menyatakan plan yang anda sedang guna dan pilih nombor 1 untuk setuju/confirm bertukar kepada plan baru Unlimited Power Plan. 


2. SMS 


Taipkan  MIG UNLIMITED  hantar ke  28118

Seterusnya ikut sahaja arahan yang diberikan. 

Selepas semuanya selesai dalam masa 24 jam plan anda akan bertukar kepada plan yang baru. Tapi biasanya tak sampai sejam pon. Caj sebanyak RM3 akan ditolak daripada kredit. Disarankan untuk top-up terlebih dahulu. Tunggu SMS daripada pihak Umobile yang mengatakan plan baru anda telah berjaya dan dah boleh menikmati Video-Onz, App-Onz dan sebagainya tu. Untuk lebih detail lebih baik anda download app MYUMOBILE yang boleh didapati App Store(iOS) dan Google Play(Android).  Kat situ segala kemas kini data, ganjaran(freebies) dan macam-macam lagi info untuk anda disediakan. 

Hmm.. mudahkan. Jadi tunggu apa lagi. hahaha.. Sekian perkongsian saya untuk anda. Semoga bermanfaat.